
💙 Misi Prihatin: Sumbangan 500 Pek Makanan Sejuk Beku 2 Sisters 💙
Pada 18 Mac 2025 (Selasa), jam 10:30 pagi, team kami iaitu Ansar Care telah berada di PPR Kampung Baru Hicom untuk menyampaikan sumbangan sebanyak 500 pek makanan sejuk beku jenama 2 Sisters. Sumbangan ini diberikan khas kepada golongan OKU, kanak-kanak, serta para sukarelawan yang sentiasa berusaha membantu komuniti. Selain itu, PPR Kampung Baru Hicom juga akan meneruskan program kebajikan ini pada Jumaat, 21 Mac 2025, melalui Program Singgah Sahur di PAKK bagi warga PPR Hicom serta sumbangan khas kepada lima keluarga anak yatim di kawasan ini.
Kami amat memahami kepentingan makanan berkualiti dan berkhasiat, terutama bagi mereka yang memerlukan. Oleh itu, inisiatif ini diharapkan dapat meringankan sedikit beban dan membawa keceriaan kepada penerima. Selain di Kampung Baru Hicom, program agihan sumbangan ini juga akan merangkumi beberapa lokasi lain di daerah Shah Alam seperti Seksyen U5, Sungai Buloh Paya Jaras, Seksyen 18, dan Seksyen 24.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha kecil ini dapat memberi impak besar dan menjadi inspirasi kepada lebih ramai orang untuk sama-sama membantu mereka yang memerlukan. 🌍✨
Mari kita teruskan semangat #KitaJagaKita dan menyebarkan lebih banyak kebaikan! 💪








