SIAPA KAMI
OBJEKTIF PENUBUHAN
MAKLUMAT PERTUBUHAN
DISEBALIK NAMA “ANSAR”
LOGO ANSARCARE
WARNA LOGO
SIAPA KAMI
- Ansar Care asalnya adalah unit Corporate Social Responsibility (CSR) di bawah naungan syarikat AnsarComp (M) Sdn Bhd.
- Ansar Care diwujudkan pada tahun 2015 dengan hasrat untuk membantu golongan yang memerlukan di kalangan masyarakat sekitar di samping melaksanakan amanah tanggungjawab sosial korporat AnsarComp.
- Pelbagai aktiviti kebajikan telah dilakukan dengan usahasama NGO lain seperti Yayasan Peramah, Yayasan Ikhlas, Ukhuwah Muslimah Putra Heights (UMPH) dan pihak Masjid/Surau setempat serta para wakil sukarelawan individu di kawasam kejiranan Putra Height.
- Kebanyakan misi aktiviti tertumpu kepada agihan set sumbangan barangan makanan yang diuruskan sepenuhnya oleh Ansar Mart dengan sukarelawan Ansarian.
- Pada 20 Mei 2021, Ansar Care akhirnya berjaya didaftarkan secara rasmi melalui akta pertubuhan 1966 dengan nama: “Persatuan Baitul Ansar”, tetapi mengekalkan logo yang sama iaitu Ansar Care. Alhamdulillah.
- Maka dengan ini terbentuklah “Baitul Ansar” atau “The House of Helpers” secara rasmi.
- Ini sangat penting sebagai salah satu usaha untuk meluaskan lagi misi sumbangan Ansar Care dengan cara yang lebih tersusun dan terancang dengan memiliki akaun bank yang sah di bawah Akta Pertubuhan untuk “Non Profit Organisation (NGO)”.
OBJEKTIF PENUBUHAN
- Membantu komuniti yang tidak berkemampuan dengan menghulurkan sumbangan yang bersesuaian.
Meningkatkan kesedaran dan melatih ahli supaya mahir dalam menyelesaikan masalah, berfikir di luar kotak selain dapat menyemai rasa kasih sayang, memupuk rasa tanggung jawab social, perihatin dan tolong-menolong sesama anggota masyarakat khususnya yang kurang berkemampuan.
- Menyediakan platform peluang kerjasama dengan mana-mana pihak penyumbang yang lain seperti rakan-rakan pemilik bisnes, syarikat-syarikat atau NGO untuk sama-sama tingkatkan lagi dana sumbangan dan meluaskan lagi bentuk sumbangan bersasar.
MAKLUMAT PERTUBUHAN

DISEBALIK NAMA “ANSAR”
- Ansar berasal daripada perkataan Bahasa Arab yang bermaksud golongan yang membantu / menolong. Dalam sejarah Islam, Ansar merujuk kepada kaum Ansar di Madinah yang banyak membantu kaum Muhajirin yang berhijrah ke Madinah.
- Maka inspirasi daripada kisah kaum Ansar yang sifatnya suka membantu ini maka terciptalah nama AnsarComp, Ansar Mart & Ansar Care. Semuanya berkongsi “big why” yang sama iaitu dengan hasrat untuk membantu dan memberi manfaat kepada orang lain.

LOGO ANSARCARE

WARNA LOGO
Tulisan Hitam: Ketelusan, ketegasan dan integriti dalam melaksanakan aktiviti kebajikan.
Pink-Merah: Keberanian. Berani untuk tempuhi apa jua cabaran terutamanya untuk turun padang menyatuni asnaf melakukan perubahan.
Oren: Keceriaan & keriangan. Datang membawakan khabar gembira dengan sumbangan barangan atau duit zakat.
Warna Biru: Ketenangan & kedamaian serta harapan. Sebagaimana langit biru yang luas terbentang, di situ juga ada harapan baru yang cukup luas untuk teruskan kehidupan tanpa rasa putus asa, meskipun ujian pahit-manis perlu dilalui.
Warna Kuning-Hijau: menandakan keinginan untuk perubahan, pengabaian stereotaip, kebebasan berfikir dan tindakan. Ia juga adalah semangat tenaga, kreativiti dan ekspresi diri. Dan juga bermaksud keterbukaan, kesediaan untuk berkomunikasi, sikap yang baik terhadap orang di sekeliling.