Sumbangan Barangan untuk 53 Pelajar SK Sg Lang, Banting

Keprihatinan terhadap dunia pendidikan terus dizahirkan menerusi program sumbangan barangan buat pelajar-pelajar di SK Sg Lang, Banting. Seramai 53 orang pelajar telah menerima manfaat daripada sumbangan ini.
Sesi pengambilan barangan sumbangan telah diadakan pada 10 Mac lalu, sebelum ianya diserahkan kepada pihak sekolah untuk diagihkan kepada pelajar-pelajar yang memerlukan. Inisiatif murni ini merupakan salah satu usaha membantu meringankan keperluan persekolahan anak-anak di kawasan setempat.
Pihak AnsarCare merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak sekolah yang telah memberi kepercayaan dan kerjasama dalam menjayakan program ini. Semoga sumbangan yang tidak seberapa ini dapat memberi manfaat dan menjadi inspirasi kepada pelajar untuk terus cemerlang dalam pelajaran.