Blog

Ansarcare / 2025  / AnsarCare Menyumbang Produk Makanan & Minuman Kepada Pertubuhan Kanak-Kanak Istimewa di Rawang

AnsarCare Menyumbang Produk Makanan & Minuman Kepada Pertubuhan Kanak-Kanak Istimewa di Rawang

Sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR), AnsarCare dengan penuh keprihatinan telah menyalurkan sumbangan kepada Pertubuhan Kanak-Kanak Istimewa di Rawang. Sumbangan ini disalurkan melalui Approved Donation atas nama syarikat Ansarcomp Paradigm dan Puan Ramlah, dengan harapan dapat membantu meringankan keperluan harian kanak-kanak istimewa di pusat tersebut.

Sumbangan berupa produk makanan dan minuman jenama 2Sisters daripada AnsarMart, dengan nilai keseluruhan sebanyak RM5,000. Produk-produk ini diharapkan dapat memberikan manfaat serta kegembiraan kepada kanak-kanak yang berada di pusat tersebut.

Sebagai organisasi yang komited dalam memberikan impak positif kepada masyarakat, AnsarCare sentiasa berusaha untuk membantu golongan yang memerlukan. Kami percaya bahawa setiap sumbangan, walaupun kecil, mampu membawa perubahan besar kepada mereka yang memerlukan sokongan.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sumbangan ini. Semoga usaha ini dapat memberi manfaat dan inspirasi kepada lebih ramai ind