
Bantuan Ibu Tunggal & Anak Yatim Piatu
Puan Zarina (wakil Ansarcare) menyampaikan sumbangan kepada Puan Raja (kiri) seorang ibu tunggal yang uzur menetap di Flat Rimba Jaya.
Beliau yang pernah menjadi seorang aktivis yang sangat aktif suatu masa dahulu terpaksa akur dengan takdir hidup apabila diuji dengan keadaan kesihatan yang semakin hari semakin merosot.

=====================================
Alhamdulillah, pada hari yang sama kami diberi peluang untuk menyantuni seorang anak yatim piatu yang baru sahaja kehilangan mak dan ayah.
Untuk anda yang ingin menyalurkan bantuan kepada adik ini boleh memberi sumbangan terus kepada adik ini yang tinggal di Blok A, tingkat 10 Flat Rimba jaya.
