Komuniti

Ansarcare / Komuniti (Page 3)

Tim Ansar Care berjaya menyampaikan sumbangan FFG untuk diagihkan kepada mereka yang tidak berkemampuan dan memerlukan yang berada di Flat Seri Mutiara, Putra Heights =========================================== Ansar Care sumbang 50 Green Box serta wang tunai kepada penduduk Kuala Sepetang, Perak yang diwakili oleh Pak Abu.Bantuan ini bertepatan dengan persiapan sebelum menjelang Hari Raya Korban yang bakal menjelang tidak...

Jarak tak pernah menjadi penghalang untuk kami tim Ansar Care terus berkongsi rezeki kepada mereka yang memerlukan. Kali ini, kami diberi kesempatan untuk membantu penduduk negeri pantai timur. Sumbangan Green Box telah berjaya kami sampaikan kepada penduduk Kg Jeli, Kelantan. Alhamdulillah… Semoga misi Ansar Care dapat berterusan memberi manfaat kepada yang memerlukan serta bersama-sama berkongsi rezeki. InsyaAllah…#AnsarCare#misiAnsarCare#Ansarian ...

Misi Bantuan Ansar Care kembali lagi dengan sumbangan 50 pek FFG untuk penduduk PPRT Bukit Lanchong. Semoga misi Ansar Care dapat berterusan memberi manfaat kepada yang memerlukan serta bersama-sama berkongsi rezeki. InsyaAllah…#AnsarCare#misiAnsarCare#Ansarian ...

Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:ما نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِن مالٍ، وما زادَ اللَّهُ عَبْدًا بعَفْوٍ، إلَّا عِزًّاYang bermaksud: “Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.” (Riwayat Muslim)Dengan izin Allah, sekali lagi Misi Ansar Care berjaya berkongsi rezeki dengan 50 orang penduduk HICOM....

Program pemberian sumbangan untuk Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) Sg Ramal, Kajang telah berjaya dilaksanakan pada 24/4/22, semalam. RPWP adalah rumah pengasih yang ditubuhkan serta dimajukan oleh 20 orang pengasas yang menjaga 150 anak yatim piatu dan asnaf yang terbiar. Rumah pengasih ini mengamalkan konsep dari asnaf kepada asnaf. Jadi,dalam setiap sumbangan yang diterima juga akan diagihkan...

Ansarcare melancarkan misi sumbangan bulan ramadan dan syawal untuk Persatuan Insan Istimewa Kelantan (INSANI). Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan di bulan Ramadan ini dan tak lama lagi untuk menyambut Aidilfitri. Tuan/Puan yang ingin menghulurkan sumbangan dalam bentuk wang ringgit, boleh juga menyumbang secara terus kepada pihak persatuan sebagaimana maklumat yang...

Agihan Green Box Ramadan 2022 telah berjaya disempurnakan untuk golongan yang memerlukan di sekitar Kg Kuala Sepetang, Perak oleh wakil Sukarelawan Ansar Care di sana iaitu Pak Abu Kuala Sepetang. AlhamdulillahJazaakumullahu khaira. ...

Alhamdulillah, aktiviti penyerahan sumbangan beras dan kurma kepada pihak PAKK Seksyen 20 Shah Alam untuk aktiviti memasak bubur lambuk berjalan lancar. InsyaAllah, dengan sumbangan daripada dana Infak Ramadan AnsarCare dijangka bakal menyediakan bubur lambuk sebanyak 2000 bekas dan akan diedarkan kepada penghuni PPR Hicom dan kawasan-kawasan sekitar Shah Alam.Semoga segala usaha diberkatiNya. Jazaakumullahu khaira. Berkongsi...

14 Februari 2023Selesai sudah misi agihan sumbangan set barangan makanan asas untuk keperluan asnaf sekitar Jeli melalui tabung infak Ramadan AnsarCare. Alhamdulillah. Sumbangan tersebut telah pun diserahkan kepada Imam Masjid Jeli iaitu Ustaz Muhaimin.Jazaakumullahu khaira kepada semua penyumbang yang sama-sama menjayakan misi ini. Berkongsi rezeki di bulan Ramadhan ...