Mengenai AnsarCARE

Ansarcare / Mengenai AnsarCARE
ansarCARE clr

MUKADDIMAH

AnsarCARE adalah sekumpulan sukarelawan yang menguruskan program Corporate Social Respoinsibility (CSR) di bawah syarikat AnsarComp (M) Sdn Bhd. AnsarCARE unit ini dilancarkan dengan rasminya pada 20 Jun 2015, oleh Pengarah Eksekutif AnsarComp (M) Sdn Bhd (AnsarComp) iaitu Puan Ramlah binti Hamad, bersamaan dengan 3 Ramadhan 1436H, pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Asnaf anjuran AnsarComp (M) Sdn Bhd, bertempat di Dewan Itqan Professonal Training Centre, Putra Heights, Subang Jaya.

Pada masa ini, keahlian sukarelawan ini adalah daripada kakitangan AnsarComp (Ansarian) dan telah berjumlah hampir 30 orang. Walau bagaimana pun, dengan jumlah yang kecil ini pelbagai aktiviti telah berjaya dijalankan oleh sukarelawan berdasarkan projek-projek sasaran.

OBJEKTIF ANSARCARE

Objektif utama penubuhan AnsarCARE unit ini adalah:
1) Membantu komuniti sekitar yang tidak berkemampuan dengan menghulurkan sumbangan yang bersesuaian mengikut keperluan
2) Melatih kakitangan AnsarComp (Ansarian) kemahiran menyelesaikan masalah, berfikir di luar kotak, selain menyemai sifat kasih sayang dan tolong menolong sesama anggota masyarakat terutamanya yang kurang berkemampuan.
3) Meningkatkan kesedaran dan memupuk rasa tanggung jawab serta menyediakan platform kerjasama dengan mana-mana pihak penyumbang yang lain seperti rakan-rakan yang mempunyai bisnes, syarikat-syarikat atau NGO untuk sama-sama meningkatkan lagi dana sumbangan dan meluaskan lagi bentuk sumbangan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Pada masa akan datang, insyaAllah berkat pengalaman sukarelawan di dalam AnsarCARE, penubuhan Yayasan Ansar akan dapat direalisasikan dengan jayanya, untuk menerajui aktiviti sumbangan kebajikan ini dengan lebih meluas lagi. Amin.

AKTIVITI

Setakat ini, projek-projek sasaran AnsarCARE adalah:-

1) Program Iftar (Berbuka puasa) Bersama Asnaf, dengan kerjasama Yayasan PERAMAH pada 20 Jun 2015. Seramai 70 orang Asnaf telah berjaya dihimpunkan dan diraikan dalam majlis iftar yang santai, sederhana tetapi sangat bermakna kepada mereka. Mereka terdiri daripada anak-anak yatim dan juga ibu tunggal yang tinggal di sekitar Padang Jawa.

2) Tajaan Kotak Ramadhan untuk asnaf dan golongan yang kurang berkemampuan di sekitar di beberapa daerah sekitar Selangor. Sebanyak 150 kotak telah berjaya dikumpulkan hasil sumbangan para dermawan, individu-individu, sahabat-sahabat, rakan-rakan bisnes sekitar. Sebanyak hampir 150 kotak lagi adalah juga telah ditempah oleh para dermawan untuk membahagikan sendiri kotak Ramadhan kepada mereka yang memerlukan. Pembelian dan pembungkusan kotak Ramadhan ini diuruskan D’Ansar Mart.

3) Bantuan untuk umat Islam di GAZA, Syria, Lubnan dan juga Rohingya dengan kerjasama Humanitarian Care Malaysia Berhad atau MyCare Malaysia, cawangan Subang Jaya. Sebanyak RM3540 telah terkumpul dan berjaya diserahkan kepada MyCare wakil Subang Jaya pada 10 akhir bulan Ramadhan untuk tajaan iftar, sahur dan juga pembelian kelengkapan hari raya, juga hasil sumbangan bersama para individu, dermawan, rakan korporat dan juga sahabat-sahabat dari Yayasan PERAMAH yang budiman dan berhati mulia.

4) Bantuan Pasca Banjir untuk mangsa banjir di Kelantan. Bantuan ini telah dijayakan bermula fasa pertama pada bulan Disember 2014 yang lalu dan berterusan dengan beberapa misi bantuan lain yang diusahakan bersama dengan pelbagai NGO lain seperti Yayasan As Syakur dan juga Yayasan PERAMAH.

5) Bantuan Khas untuk Maahad Tahfiz yang terlibat banjir di Kelantan. Bantuan berupa sumbangan wang zakat untuk sekolah Maahad Ansori di Kuala Krai, Kelantan. Bantuan kutipan sumbangan masih dibuka kepada mana-mana individu / syarikat yang ingin menyumbang.

KETERANGAN LOGO DAN TAGLINE ANSARCARE

Logo AnsarCARE menggunakan rama-rama sebagai simbolik penghijrahan jiwa ke arah kasih sayang dan kegembiraan, manakala warna-warna yang digunakan adalah warna rasmi AnsarComp.

Tagline “Beautiful Heart & Mind” pula merujuk kepada sasaran jangka panjang untuk semua sukarelawan yang menyertai AnsarCARE, supaya terbentuk minda dan hati yang mulia.

PENUTUP

Sama-sama kita doakan agar program sebegini mendapat keberkatan Ilahi serta keredhaanNya jua. Sama-sama juga kita doakan agar kita semua dapat memelihara hati agar terhindar dari sifat riya’, ujub dan sebagainya lagi dalam melaksanakan aktiviti kebajikan sebegini. Semuanya adalah rezeki, kesihatan tubuh badan serta akal fikiran serta kemampuan yang dianugerahkan Allah untuk kita sama-sama berkongsi dan menyumbang dari segi material, buah fikiran dan juga tenaga dalam melaksanakan tugas kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini demi kepentingan bersama, khususnya mereka yang memerlukan.