Blog

Ansarcare / 2022  / Sumbangan Kilat Mangsa Kebakaran

Sumbangan Kilat Mangsa Kebakaran

Pihak UMPH dengan kerjasama Ansar Care telah mengambil inisiatif untuk melancarkan Sumbangan Kilat bagi membantu dua buah keluarga sahabat kejiranan kita di Apartment Sri Mutiara, yang diuji musibah kebakaran pada 10 Mac 2022 baru-baru ini.

Kediaman mereka hampir musnah 100% dipercayai akibat litar pintas termasuk saliran paip air dan memerlukan belanja yang agak besar untuk dibaiki semula dan urusan dengan pihak insuran pula mengambil masa yang agak lama.

Jadi atas rasa perihatin dan semangat ukhuwah, tabung sumbangan kilat ini dilancarkan dan semua kutipan yang diperolehi akan diagihkan kepada kedua pemilik yang terlibat agar dapat meringankan sedikit bebanan mereka.

Jazaakumullahu khaira. Ameen.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]