Blog

Ansarcare / 2021  / Tabung Bantu Keluarga Mualaf

Tabung Bantu Keluarga Mualaf

Sumbangan ini adalah untuk membantu keluarga miskin muallaf (isteri muallaf, suami lndia muslim), anak 5 orang berumur antara 6 bulan – 9 tahun yg dihimpit kemiskinan.

Mereka asalnya menumpang di rumah keluarga beragama hindu. Alhamdullah dgn bantuan dan sumbangan  rakan-rakan keluarga berkenaan telah dapat dipindahkan di flat Golden Villa, Klang pada Apr 2021.

Kehidupan makin terhimpit  kerana suami belum peroleh pekerjaan tetap sejak pkp  dan sering diserang asma. Isteri juga cuba berikhtiar dengan pelbagai usaha, tetapi kurang berhasil. Kini keluarga ini dibelenggu dgn pelbagai  kesusahan makan minum, dikejar mereka yg pernah memberi hutang,  hutang rumah sewa, hutang motor, beli susu, pampers anak2.

Mereka amat tertekan pada masa ini dan pernah melahirkan tidak sanggup teruskan kehidupan.

Atas rasa simpati seorang sahabat kejiranan kami iaitu Puan Syarifah, yang pernah melawat asnaf sebelum ini, ingin memanjangkan cerita ini andai kata ada insan-insan yg bermurah hati atau  berhajat untuk berzakat atau  bersedekah untuk disampaikan kepada keluarga ini.

Maka kami daripada pihak Ansar Care telah mengambil inisiatif untuk sama-sama membantu dan melancarkan kempen tabung khas untuk mereka sekeluarga.

Maklumat keluarga ini telah dikenal pasti dan sebarang maklumat lanjut bolehlah berhubung dengan pihak kami.

Sumbangan boleh dibuat di sini