Ziarah Mahabbah Ogos 2022
1. Program Ziarah Mahabbah kali ini disertai oleh wakil Ansar Care bersama tim Biro Kebajikan Masjid Nurul Iman yang berada di Kg Tengah. Misi bantuan ini turut disertai oleh Ustazah Paezah. Alhamdulillah, sumbangan berjaya diserahkan kepada seorang pesakit tiroid.
2. Seterusnya, kami beransur ke rumah yang didiami oleh seorang pesakit lumpuh seluruh badan. Disebabkan keadaan beliau yang serba kekurangan telah memaksa isterinya untuk berhenti kerja demi menjaga beliau dan 5 orang anak yang masih bersekolah. Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu keluarganya meneruskan kelangsungan hidup.
3. Sudah jatuh ditimpa tangga. Peribahasa yang cukup jelas menggambarkan nasib malang yang ditimpa penerima sumbangan seterusnya. Kaki terpijak paku semasa aktiviti membersih rumah selepas dilanda banjir dan terpaksa memotong kaki seperti yang di sarankan oleh doktor dan penerima juga menghidap kencing manis.
4. Beruntungnya diri ini nak dibandingkan dengan penerima bantuan seterusnya. Seorang wanita yang menghidapi penyakit misteri. Hampir sebulan disahkan oleh doktor yang beliau memiliki air dalam perut. Disebabkan doktor sendiri tidak tahu punca sebenar penyakit misteri ini dan ikhtiar terakhir adalah berubat dengan ustaz.
Dulunya beliau seorang yang aktif meniaga nasi lemak tapi disebabkan penyakit misteri ini telah melumpuhkan kudrat beliau. Alhamdulillah, mempunyai anak yang boleh menjaga beliau.
5. Akhir sekali, penerima rezeki ini adalah milik seorang makcik yang menghidap penyakit kencing manis, buah pinggang dan lemah jantung. Dengan keadaan mata yang semakin kabur menyebabkan peluang mencari rezeki sangat tipis dan hanya mampu berharap pada bantuan yang sedia ada.
Semoga misi Ansar Care dapat berterusan memberi manfaat kepada yang memerlukan serta bersama-sama berkongsi rezeki. InsyaAllah…
#AnsarCare
#misiAnsarCare
#Ansarian