Author: admin

Ansarcare / Articles posted by admin (Page 8)

Agihan Green Box Ramadan 2022 telah berjaya disempurnakan untuk golongan yang memerlukan di sekitar Kg Kuala Sepetang, Perak oleh wakil Sukarelawan Ansar Care di sana iaitu Pak Abu Kuala Sepetang. AlhamdulillahJazaakumullahu khaira. ...

Alhamdulillah, aktiviti penyerahan sumbangan beras dan kurma kepada pihak PAKK Seksyen 20 Shah Alam untuk aktiviti memasak bubur lambuk berjalan lancar. InsyaAllah, dengan sumbangan daripada dana Infak Ramadan AnsarCare dijangka bakal menyediakan bubur lambuk sebanyak 2000 bekas dan akan diedarkan kepada penghuni PPR Hicom dan kawasan-kawasan sekitar Shah Alam.Semoga segala usaha diberkatiNya. Jazaakumullahu khaira. Berkongsi...

14 Februari 2023Selesai sudah misi agihan sumbangan set barangan makanan asas untuk keperluan asnaf sekitar Jeli melalui tabung infak Ramadan AnsarCare. Alhamdulillah. Sumbangan tersebut telah pun diserahkan kepada Imam Masjid Jeli iaitu Ustaz Muhaimin.Jazaakumullahu khaira kepada semua penyumbang yang sama-sama menjayakan misi ini. Berkongsi rezeki di bulan Ramadhan ...

Hasil sumbangan orang ramai yang berjaya dikumpulkan sebanyak RM3,000 telah selamat diserahkan kepada sahabat kejiranan kita yang diuji musibah kebakaran pada 10 Mac 2022 baru-baru ini. Besar harapan kami agar kita boleh bantu lebih ramai lagi insan-insan yang kurang bernasib baik di saat ini. Mudah-mudahan usaha sedekah ini akan dapat semula manfaatnya di akhirat nanti. Insya-Allah....

Pihak UMPH dengan kerjasama Ansar Care telah mengambil inisiatif untuk melancarkan Sumbangan Kilat bagi membantu dua buah keluarga sahabat kejiranan kita di Apartment Sri Mutiara, yang diuji musibah kebakaran pada 10 Mac 2022 baru-baru ini. Kediaman mereka hampir musnah 100% dipercayai akibat litar pintas termasuk saliran paip air dan memerlukan belanja yang agak besar untuk dibaiki...

Pada 24 Februari 2022, Persatuan Baitul Ansar telah menganjurkan Program Jalinan Kasih “Back to School 2022” di Sekolah Kebangsaan Sungai Buaya. Alhamdulillah, program telah berjalan dengan lancar dan mengikut SOP yang ditetapkan. Berdasarkan semakan pihak sekolah seramai 50 orang murid dari sekolah tersebut yang layak untuk menerima bantuan beg, kasut sekolah, baju sekolah, tudung sekolah dan...

Alhamdulillah, antara peserta OKU yang menerima sumbangan kerusi roda semasa misi sumbangan semalam. AnsarCare telah berkerjasama dengan Persatuan Insan Istimewa OKU Kelantan (Insani) untuk sama-sama menjayakan keperluan OKU ini.Jika ada yang ingin sama-sama menyumbang boleh hubungi pihak urusetia Ansar Care di talian: 017 802 8442.Terima kasih. #ansarspirit #ansarcare ...