2022

Ansarcare / 2022 (Page 3)

14 Februari 2023Selesai sudah misi agihan sumbangan set barangan makanan asas untuk keperluan asnaf sekitar Jeli melalui tabung infak Ramadan AnsarCare. Alhamdulillah. Sumbangan tersebut telah pun diserahkan kepada Imam Masjid Jeli iaitu Ustaz Muhaimin.Jazaakumullahu khaira kepada semua penyumbang yang sama-sama menjayakan misi ini. Berkongsi rezeki di bulan Ramadhan ...

Hasil sumbangan orang ramai yang berjaya dikumpulkan sebanyak RM3,000 telah selamat diserahkan kepada sahabat kejiranan kita yang diuji musibah kebakaran pada 10 Mac 2022 baru-baru ini. Besar harapan kami agar kita boleh bantu lebih ramai lagi insan-insan yang kurang bernasib baik di saat ini. Mudah-mudahan usaha sedekah ini akan dapat semula manfaatnya di akhirat nanti. Insya-Allah....

Pihak UMPH dengan kerjasama Ansar Care telah mengambil inisiatif untuk melancarkan Sumbangan Kilat bagi membantu dua buah keluarga sahabat kejiranan kita di Apartment Sri Mutiara, yang diuji musibah kebakaran pada 10 Mac 2022 baru-baru ini. Kediaman mereka hampir musnah 100% dipercayai akibat litar pintas termasuk saliran paip air dan memerlukan belanja yang agak besar untuk dibaiki...

Pada 24 Februari 2022, Persatuan Baitul Ansar telah menganjurkan Program Jalinan Kasih “Back to School 2022” di Sekolah Kebangsaan Sungai Buaya. Alhamdulillah, program telah berjalan dengan lancar dan mengikut SOP yang ditetapkan. Berdasarkan semakan pihak sekolah seramai 50 orang murid dari sekolah tersebut yang layak untuk menerima bantuan beg, kasut sekolah, baju sekolah, tudung sekolah dan...