Komuniti

Ansarcare / Komuniti (Page 4)

Hasil sumbangan orang ramai yang berjaya dikumpulkan sebanyak RM3,000 telah selamat diserahkan kepada sahabat kejiranan kita yang diuji musibah kebakaran pada 10 Mac 2022 baru-baru ini. Besar harapan kami agar kita boleh bantu lebih ramai lagi insan-insan yang kurang bernasib baik di saat ini. Mudah-mudahan usaha sedekah ini akan dapat semula manfaatnya di akhirat nanti. Insya-Allah....

Pihak UMPH dengan kerjasama Ansar Care telah mengambil inisiatif untuk melancarkan Sumbangan Kilat bagi membantu dua buah keluarga sahabat kejiranan kita di Apartment Sri Mutiara, yang diuji musibah kebakaran pada 10 Mac 2022 baru-baru ini. Kediaman mereka hampir musnah 100% dipercayai akibat litar pintas termasuk saliran paip air dan memerlukan belanja yang agak besar untuk dibaiki...

Pada 24 Februari 2022, Persatuan Baitul Ansar telah menganjurkan Program Jalinan Kasih “Back to School 2022” di Sekolah Kebangsaan Sungai Buaya. Alhamdulillah, program telah berjalan dengan lancar dan mengikut SOP yang ditetapkan. Berdasarkan semakan pihak sekolah seramai 50 orang murid dari sekolah tersebut yang layak untuk menerima bantuan beg, kasut sekolah, baju sekolah, tudung sekolah dan...

Hari ini kami melawat beberapa rumah anak yatim sekitar Rawang untuk program syarikat pada minggu hadapan. Cita-cita kami besar, mahu mengambil salah satu rumah tersebut sebagai anak angkat syarikat untuk program CSR. Tapi bila berdepan dengan harapan mereka, kami jadi kecil. Sekecil anak-anak yang tiba-tiba tak mampu berbuat apa-apa! Hari ini kami nilaikan, rezeki ilmu dan...

Beberapa hari sebelum misi ini, kami menerima viral message dari group Watsaap. Tersentuh dengan kemungkinan yang OKU-OKU ini tak mempunyai bekalan makanan yang mencukupi, kami segera kumpulkan beberapa kotak makanan kering hasil sumbangan orang ramai melalui #FoodBank dan #PayItForward dari D'Ansar Mart. Melalui perbualan ringkas dengan kak Normah (penjaga) pada malam sebelumnya, perjalanan kami diatur...

Kami datang lagi ke KOA Sg Buloh. Kali ini meneruskan misi mengajar mengaji oleh ustazah-ustazah sukarela AnsarCARE yang dilatih di Ansarcomp. Misi bermula sebaik sahaja tamat taklimat ringkas di Bilik Umar, Itqan Training Center. (Nama macam-macam, tapi kami sebenarnya satu tempat yang sama! Lain-lain tingkat bangunan je...

Kita pernah diberitakan seorang bapa mencuri susu di pasaraya untuk anaknya. Begitu juga sering kita dengar tabung masjid dipecah demi meneruskan kelangsungan hidup. Tapi itu cerita lama. Dengan kecanggihan teknologi, kini contoh kebajikan dari negara asing mudah untuk kita contohi. Hanya menanti keringanan tangan dan kelembutan hati, untuk menghulurkan bantuan. Sejarah FoodBank bermula di barat apabila pihak gereja...